Category Archives: News

REHEARSAL PERTANDINGAN INOVASI 2014

LANDSKAP TAMAN MENGGUNAKAN BAHAN TERBUANG

SMK Chendering sekali lagi mengorak langkah dengan melahirkan satu produk membina Langskap Taman Menggunakan Bahan Terbuang. Dalam merealisasikan sasaran sampah sifar amalan kitar semula seperti  penghasilan baja kompos dan guna semula bahan terbuang adalah antara kaedah yang boleh digunakan. Baja yang digunakan adalah terhasil daripada bahan kitar semula seperti sisa makanan dijadikan baja kompos. Usaha ini akan dengan sendirinya dapat mengurangkan sisa pepejal yang tidak mesra alam serta membahayakan kesihatan. Baja kompos adalah bahan-bahan organik yang telah diurai oleh mikroorganisma. Kandungan nutrien seperti nitrogen akhirnya dikembalikan ke dalam tanah. Di Dalam Al-Quran menerangkan manusia sebagai khalifah di muka bumi, kita seharusnya menjaga bumi ini dengan sebaik-baiknya.

Video Klip Pertandingan Inovasi

Majlis Penyampaian Hadiah Bagi Peperiksaan Pertengahan Tahun 2014

20/7/2014 – Majlis Penyampaian Hadiah bagi Peperiksaan Pertengahan Tahun 2014 telah disempurnakan oleh Tuan Pengetua Puan Hajah Radziah bt. Ismail. Majlis tersebut turut diiringi oleh GPK Pentadbiran En Tajul Arifin bin Abdullah. Penyampaian hadiah berjalan dengan lancar. Senarai penerima hadiah tersebut:

Ting. 4

1. Nursyamimi bt. Rasmadi 4GM, 2. Noor Faizatie Ikmal bt. Zulkipli 4GM, 3. Tuan Sharifah Aina Syazana bt. Tuan Ali 4GM, 4. Tuan Shaqirah bt. Tuan Baharuddin 4GM

Ting. 2

1. Najatul Ainaa bt. Khaiirudin 2GM, 2. Ahmad Khusairi Ashraf b. Mohd Sani 2GM, 3. Nur Haifaa Maisarah bt. Riduan 2GM, 4. Che Ku Nur Hidayah bt. Mazlan 2GM, 5. Nur Syafiqah bt. Rusli 2GM

Ting. 1

1. Nur Hasanah bt. Mat Yadi, 2. Tuan Roslinda bt. Tuan Rani, 3. Muhammad Syawal b. Adam, 4. Nur Batrisha Maisarah bt. Riduan, 5.Tuan Norashidah bt. Tuan Mohd, 6. Nur Syafiqah bt. Aziz, 7. Rasyidah bt. Mohd Rofiq, 8. Alya Faiqa Raihan bt. Mohd Faizal, 9. Arinah Fatin Syabila bt. M. Ali Tarmizi, 10. Iylia Karmila bt. Azlan.

 

20140720_08180620140720_081952 20140720_081831

Majlis Khatam Al-Quran SMK Chendering

Bismillah…Pada pagi yang penuh rahmat dan barakah, tanggal 19, Ramadhan 1435 Hijrah, SMK Chendering telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran bersempena Nuzul Quran di Dewan SMK Chendering. Seramai 43 orang murid telah berjaya Khatam Al-Quran iaitu 10 orang murid lelaki dan 33 murid perempuan. Majlis Khatam Al-Quran berlangsung dengan jayanya diketuai oleh YM Ustaz Tuan Zaki bin Tuan Mamat. Tuan Pengetua Puan Hajah Radziah binti Ismail juga turut sama memberi ucapan sepatah dua kata dan memberi tazkirah ringkas kepada warga SMK Chendering, bahawasanya Al-Quran perlu dihayati, dihafal, dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Al-Quran juga perlu disematkan di dalam dada dan juga di dalam ruh diri masing-masing sampai bila-bila. Majlis tersebut diakhiri dengan penyampaian hadiah oleh Tuan Pengetua kepada 43 orang murid serta kepada YM Ustaz Tuan Zaki bin Tuan Mamat, Ustazah Razidah dan juga Ustazah Nasimah. Semoga Majlis Khatam Al-Quran ini dapat diteruskan lagi pada tahun hadapan. In Sha Allah…

IMG_2473 IMG-20140717-WA0000 20140717_082532 20140717_082719 20140717_082920 20140717_084457 20140717_082737 20140717_082646 20140717_082559 20140717_081615

 

“Semangat Menjulang Kejayaan Cemerlang”

 

Posted by Buck

 

 

Lawatan PKG ke SMK Chendering

CYMERA_20140416_102102

Pegawai dari PKG Durian Burong Pn Zarinah binti Mat Aroff hadir membuat satu lawatan untuk mendapatkan maklumat berkaitan Makmal ICT di SMK Chendering pada hari ini 16 Julai 2014. Beliau merupakan Pegawai Teknologi Pendidikan 2 dari PKG Durian Burong yang baru. Ucapan selamat datang dan sekalung tahniah kepada Pegawai Teknologi Pendidikan 2, Pn Zarinah binti Mat Aroff yang menggantikan PTP 2 En Muhamad Abdah bin Ismail PKG Durian Burong. Beliau yang sebelum ini bertugas sebagai Pegawai Teknologi Pendidikan 2 di PKG Manir. Semoga lebih sukses dan terus maju dalam menjalankan tugas di tempat yang baru.

Pertandingan Melukis Mural Negeri Bersih Rakyat Sihat 2014

IMG-20140712-WA0006

 

SMK Chendering telah menyertai satu Pertandingan Melukis Mural peringkat Negeri dengan slogan Negeri Bersih Rakyat Sihat. AJK yang bertanggungjawab dalam Pertandingan tersebut adalah Pn. Katijah, En. Saiful Nizam, En. Azmi dan beberapa orang murid SMK Chendering turut terlibat sama bagi menjayakan Pertandingan tersebut. Kami warga SMK Chendering berdoa dan mengharapkan beroleh kejayaan yang cemerlang.

“Semangat Menjulang Kejayaan Cemerlang

PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN KECERIAAN 2014

SMK Chendering telah menganjur sebuah Pertandingan Keceriaan Kelas tahun 2014. Upacara penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang telah disampaikan oleh Tuan Pengetua SMK Chendering Puan Hajah Radziah binti Ismail di Dewan SMK Chendering pada pagi ini. Pertandingan terbahagi kepada 2 bahagian iaitu menengah rendah dan menengah atas. Keputusan bagi pertandingan tersebut:-

Pemenang bagi Menengah Atas:

Tingkatan 5 GM – Guru : Puan Hajah Noridah Jusoh

Tingkatan 5 CM – Guru : En. Mohamad bin Abdullah

Tingkatan 4 BS – Guru : Cik Sayani bt. Mustafa

Tingkatan 4 CM – Guru : Puan Siti Hasnah binti Kudori

Pemenang bagi Menengah Rendah:

Tingkatan 3NR – Guru : To’ Puan Aizan binti Yaacob

Tingkatan 2BS – Guru : Puan Low Swee Ling

Tahniah diucapkan kepada pemenang-pemenang Pertandingan Keceriaan 2014

20140713_083337 20140713_083321 20140713_083234 20140713_083203 20140713_083132 20140713_083116

“Semangat Menjulang Kejayaan Cemerlang”

KEHILANGAN SEBUTIR PERMATA YANG BERHARGA

20140713_082129Puan Dr. Hajah Puspa Liza binti Ghazali, daripada Universiti Sultan Zainal Abidin (UnisZA Kuala Teregganu) telah diberi kesempatan dan peluang membuat ucapan motivasi kepada murid-murid SMK Chendering di dewan SMK Chendering pada pagi ini. Ucapan tersebut disampaikan dalam Majlis Perhimpunan Mingguan SMK Chendering. Beliau adalah Mantan Guru Matematik Tambahan, Gred 48 dan juga Ketua Panitia Matematik Tambah di SMK Chendering. Warga SMK Chendering berharap dan berdoa semoga kerjayaan beliau terus cemerlang.

“Semangat Menjulang Kejayaan Cemerlang”

Majlis Temu Murni dan Penyerahan Rekod Kemajuan Murid 2014

Back Drop Temu Murni2

Majlis Temu Murni dan Penyerahan Rekod Kemajuan Murid Tingkatan 3 dan 5 kali Ke-2 diadakan di dewan SMK ChenderingMajlis tersebut akan dirasmikan oleh Puan Hajah Radziah bt. Ismail pada 10 Julai 2014. SMK Chendering dengan rasa penuh bertanggungjawab ingin menjemput semua Ibubapa tingkatan 3 dan 5 untuk menghadiri ke Majlis Temu Murni bagi menyuntik semangat kepada anak-anak untuk terus berusaha dengan lebih gigih lagi.

“Semangat Menjulang Kejayaan Cemerlang”

PENYAMPAIAN HADIAH SEMPENA MINGGU SIVIK, MATEMATIK DAN SAINS

Majlis penyampaian hadiah kepada murid-murid yang berjaya dalam pertandingan dan aktiviti sempena Minggu Sivik, Matematik dan Sains telah di sempurnakan pada pagi ini di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Chendering. Hadiah-hadiah telah disampaikan kepada pemenang-pemenang bagi kategori lelaki dan perempuan menengah rendah dan atas yang disampaikan oleh GPK Pentadbiran En. Tajul Arifin bin Abdullah. Hadiah-hadiah bagi aktiviti lain turut disampaikan oleh GPK HEM Tuan Haji Hanapi bin Chik. IMG-20140706-WA0007 IMG-20140706-WA0008