Majlis Khatam Al-Quran SMK Chendering


Bismillah…Pada pagi yang penuh rahmat dan barakah, tanggal 19, Ramadhan 1435 Hijrah, SMK Chendering telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran bersempena Nuzul Quran di Dewan SMK Chendering. Seramai 43 orang murid telah berjaya Khatam Al-Quran iaitu 10 orang murid lelaki dan 33 murid perempuan. Majlis Khatam Al-Quran berlangsung dengan jayanya diketuai oleh YM Ustaz Tuan Zaki bin Tuan Mamat. Tuan Pengetua Puan Hajah Radziah binti Ismail juga turut sama memberi ucapan sepatah dua kata dan memberi tazkirah ringkas kepada warga SMK Chendering, bahawasanya Al-Quran perlu dihayati, dihafal, dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Al-Quran juga perlu disematkan di dalam dada dan juga di dalam ruh diri masing-masing sampai bila-bila. Majlis tersebut diakhiri dengan penyampaian hadiah oleh Tuan Pengetua kepada 43 orang murid serta kepada YM Ustaz Tuan Zaki bin Tuan Mamat, Ustazah Razidah dan juga Ustazah Nasimah. Semoga Majlis Khatam Al-Quran ini dapat diteruskan lagi pada tahun hadapan. In Sha Allah…

IMG_2473 IMG-20140717-WA0000 20140717_082532 20140717_082719 20140717_082920 20140717_084457 20140717_082737 20140717_082646 20140717_082559 20140717_081615

 

“Semangat Menjulang Kejayaan Cemerlang”

 

Posted by Buck

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s