REHEARSAL PERTANDINGAN INOVASI 2014

LANDSKAP TAMAN MENGGUNAKAN BAHAN TERBUANG

SMK Chendering sekali lagi mengorak langkah dengan melahirkan satu produk membina Langskap Taman Menggunakan Bahan Terbuang. Dalam merealisasikan sasaran sampah sifar amalan kitar semula seperti  penghasilan baja kompos dan guna semula bahan terbuang adalah antara kaedah yang boleh digunakan. Baja yang digunakan adalah terhasil daripada bahan kitar semula seperti sisa makanan dijadikan baja kompos. Usaha ini akan dengan sendirinya dapat mengurangkan sisa pepejal yang tidak mesra alam serta membahayakan kesihatan. Baja kompos adalah bahan-bahan organik yang telah diurai oleh mikroorganisma. Kandungan nutrien seperti nitrogen akhirnya dikembalikan ke dalam tanah. Di Dalam Al-Quran menerangkan manusia sebagai khalifah di muka bumi, kita seharusnya menjaga bumi ini dengan sebaik-baiknya.

Video Klip Pertandingan Inovasi

Kutipan Tabung Aman Palestine dan Penyerahan Sumbangan Zakat Kepada Murid-Murid SMK Chendering

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi pada hari ini 24 Julai 2014 bersamab 26 haribulan Ramadhan 1435H pihak penguruan sekolah dengan Badan Dakwah SMK Chendering telah berjaya melaksanakan satu tugasan mulia. Ketika  ini umat Islam di tanah Gaza digayang oleh penceroboh Zionist, telah meragut ratusan nyawa dikalangan kanak-kanak, wanita-wanita dan penduduk di bumi Palestine (Syam). Wakil Aman PalestinBerhad, Ustaz Al Fadhil Mohamad Sirojul Afkar bin Hamid telah dijemput khas untuk menyampaikan berita terkini dan kumpulan Aman Palestin Cawangan Terengganu telah juga membuat jualan amal produk-produk Aman Palestine.  Kutipan Tabung telah diserahkan dengan rasmi oleh Puan Pengetua ,Hajjah Radziah binti Ismail kepada wakilnya, Ustaz Mohamad Sirojul Afkar. Antara persembahan menarik ialah pertunjukan mob squad dari  Aman Palestin yang menamakan diri mereka Briged Al Qassam serta gimik nasyid Intifada.

IMG_2520 IMG_2524

Majlis Penyampaian Hadiah Bagi Peperiksaan Pertengahan Tahun 2014

20/7/2014 – Majlis Penyampaian Hadiah bagi Peperiksaan Pertengahan Tahun 2014 telah disempurnakan oleh Tuan Pengetua Puan Hajah Radziah bt. Ismail. Majlis tersebut turut diiringi oleh GPK Pentadbiran En Tajul Arifin bin Abdullah. Penyampaian hadiah berjalan dengan lancar. Senarai penerima hadiah tersebut:

Ting. 4

1. Nursyamimi bt. Rasmadi 4GM, 2. Noor Faizatie Ikmal bt. Zulkipli 4GM, 3. Tuan Sharifah Aina Syazana bt. Tuan Ali 4GM, 4. Tuan Shaqirah bt. Tuan Baharuddin 4GM

Ting. 2

1. Najatul Ainaa bt. Khaiirudin 2GM, 2. Ahmad Khusairi Ashraf b. Mohd Sani 2GM, 3. Nur Haifaa Maisarah bt. Riduan 2GM, 4. Che Ku Nur Hidayah bt. Mazlan 2GM, 5. Nur Syafiqah bt. Rusli 2GM

Ting. 1

1. Nur Hasanah bt. Mat Yadi, 2. Tuan Roslinda bt. Tuan Rani, 3. Muhammad Syawal b. Adam, 4. Nur Batrisha Maisarah bt. Riduan, 5.Tuan Norashidah bt. Tuan Mohd, 6. Nur Syafiqah bt. Aziz, 7. Rasyidah bt. Mohd Rofiq, 8. Alya Faiqa Raihan bt. Mohd Faizal, 9. Arinah Fatin Syabila bt. M. Ali Tarmizi, 10. Iylia Karmila bt. Azlan.

 

20140720_08180620140720_081952 20140720_081831

Majlis Khatam Al Quran Peringkat Sekolah telah disempurnakan pada 17hb. Julai 2014, bersamaan 19 Ramadhan 1435 Hijrah.

This slideshow requires JavaScript.

 

 

posted by Zucafly

 

Majlis Khatam Al-Quran SMK Chendering

Bismillah…Pada pagi yang penuh rahmat dan barakah, tanggal 19, Ramadhan 1435 Hijrah, SMK Chendering telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran bersempena Nuzul Quran di Dewan SMK Chendering. Seramai 43 orang murid telah berjaya Khatam Al-Quran iaitu 10 orang murid lelaki dan 33 murid perempuan. Majlis Khatam Al-Quran berlangsung dengan jayanya diketuai oleh YM Ustaz Tuan Zaki bin Tuan Mamat. Tuan Pengetua Puan Hajah Radziah binti Ismail juga turut sama memberi ucapan sepatah dua kata dan memberi tazkirah ringkas kepada warga SMK Chendering, bahawasanya Al-Quran perlu dihayati, dihafal, dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Al-Quran juga perlu disematkan di dalam dada dan juga di dalam ruh diri masing-masing sampai bila-bila. Majlis tersebut diakhiri dengan penyampaian hadiah oleh Tuan Pengetua kepada 43 orang murid serta kepada YM Ustaz Tuan Zaki bin Tuan Mamat, Ustazah Razidah dan juga Ustazah Nasimah. Semoga Majlis Khatam Al-Quran ini dapat diteruskan lagi pada tahun hadapan. In Sha Allah…

IMG_2473 IMG-20140717-WA0000 20140717_082532 20140717_082719 20140717_082920 20140717_084457 20140717_082737 20140717_082646 20140717_082559 20140717_081615

 

“Semangat Menjulang Kejayaan Cemerlang”

 

Posted by Buck