Category Archives: 1

Bertemu lagi

Selamat bertemu kembali, alhamdullillah pendawaian semula sambungan LAN  dan Wifi telah berjaya di lakukan oleh pihak berkenaan. Terima kasih kepada pekerjaan am, iaitu YM Tuan Sembok yang telah memberikan kerjasama kepada saya dalam membantu pemantauan pemasangan kabel tersebut bermula pada 28 hb. Mac 2010 lagi. kepada pelajar-pelajar, gunakan internet untuk mendapat maklumat berguna untuk pembelajaran dan pengajaran.

Kembali berfungsi

Assalamualaikum wbt.
Semua warga SMK Chendering kini boleh mengakses internet melalui LAN dan WI-FI. Guru-guru boleh meminta bantuan Cikgu Rosnizam atau Cikgu Zucafly untuk konfigurasi sambungan internet WIFI pada komputer riba masing-masing. Sekian, harap mengambil perhatian.

Kejohanan Olahraga SMK Chendering

Kejohanan Olahraga SMK Chendering telah berjaya diadakan pada 22 dan 24 Ferbruari 2010 yang lalu. Perasmian disempurnakan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Terengganu. Kejohanan ini berlangsung selama 2 hari membolehkan para murid sekolah ini mengambil bahagian dalam aktiviti luar bilik darjah.

Bahasa Inggeris untuk survival

Oleh: ZIN MAHMUD
Bahasa Inggeris untuk survival
PERDEBATAN tentang penguasaan bahasa Inggeris bukan perkara baru. Ia pernah dibincangkan sebelum merdeka, selepas merdeka dan sepuluh tahun selepas merdeka. Ketika mana dengan kuasa politik, negara ini menetapkan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.

Soal bahasa tidak habis dibincangkan hingga ke tahun-tahun kebelakangan ini apabila timbul soal menukar nama mata pelajaran Bahasa Malaysia di sekolah untuk menjadi Bahasa Melayu.

Soal sebutan baku dan dialek Johor-Riau juga diperbincangkan. Begitu juga tentang tulisan jawi. Sememangnya membincangkan soal bahasa merupakan suatu aktiviti emosional. Mungkin kerana sifat bahasa sebagai jiwa bangsa. Ia berkaitan dengan jati diri dan kuasa politik menjadikannya begitu emosional.

Namun begitu, bahasa Melayu di Malaysia mencapai kemajuan besar sejak negara mencapai kemerdekaan. ia kini sudah diterima sebagai bahasa kebangsaan tanpa sebarang persoalan.

(source:http://rampaiseri.wordpress.com/2007/08/10/bahasa-inggeris-untuk-survival/ )