Pasukan Pengakap

Pasukan Pengakap Kumpulan 104, SMK Chendering sedang mengadakan perkhemahan di perkarangan sekolah selama 2 hari 1 malam mulai 11 Februari hingga 12 Februari 2010 (Khamis hingga Jumaat). Perkhemahan ini bertujuan memberi pendedahan asas kepada pengakap Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 yang berjumlah 28 orang (4 patrol) dibantu oleh 10 Pengakap Remaja dan seorang Pengakap Raja.

Di antara silibus yang diberi pendedahan ialah mendirikan khemah, solat berjemaah, Persetiaan Pengakap, Undang-undang, Lagu Pengakap, Kawad dan Istiadat Menaikan Bendera.

Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Encik Mohd Shuki Ahmad dan Setiausaha Kokurikulum , Encik Rosnizan bin Mohd turut hadir dan memantau perjalanan yang julung-julung diadakan pada tahun ini. Pemimpin-peminpin Pengakap yang terlibat ialah Encik Zakaria Muda, Encik Mohd Nafis dan Encik Zucafly Awang.

Perkhemahan 2 hari 1 malam ini dijangka membentuk satu pasukan elit pengakap muda. Di sebelah malam Khamis, selepas solat Isya’ mereka diberi pendedahan mengenai Persetiaan, Undang-undang Pengakap dan Lagu Pengakap  di Makmal Komputer. Mereka diberi pendedahan tersebut melalui internet. Sejam kemudian, mereka diberi  asas kawad kaki oleh pengakap remaja.  Mereka turut menjamu selera dengan hidangan BBQ ikan segar dan ikan celup tepung.

4 thoughts on “Pasukan Pengakap

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s