Hari Keluarga SMKC dan Jamuan Akhir Tahun 2012


Pada 2 November 2012, Hari Keluarga SMKC telah berjaya diadakan di Terengganu Equesterian Resort, Kuala Ibai. Sambutan hari tersebut sungguh menggalakkan dan para guru dan staf tidak ketinggalan membawa bersama famili masing-masing ke perkarangan sukan dan rekreasi di tepi kolam TER. AJK Sambutan telah merancang pelbagai aktiviti yang menarik seperti Pertandingan Mewarna kepada anak-anak guru dan staf, Mencari Harta Karun,Mengupas Kulit Buah-buahan dan sebagainya. Yang paling gembira sekali ialah anak-anak guru dan staf dapat peluang mandi di dalam kolam. Di sebelah malam pula, Jamuan Akhir Tahun 2012 diadakan sebagai penutup aktiviti Kelab Keluarga bagi tahun ini.

Acara meraikan staf yang bakal bersara turut diadakan kepada Encik Yusof bin Muda, beliau telah berkhidmat sebagai kakitangan di sekolah ini sejak tahun 1994 lagi dan akan tamat pada 14 November  2012. Selain itu, cabutan bertuah turut diadakan dan sebelah berakhir, guru-guru disampaikan hadiah sebuah beg “traveller” bernama POLO setiap satu seorang oleh Kelab Guru 2012. GPK turut mengumumkan senarai  nama AJK Kelab Guru 2013, sebagai acara kemuncak. Hadirin memberi tepukan yang gemuruh kepada Pengerusi dan AJK KELAB KELUARGA 2013.

This slideshow requires JavaScript.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s