Hari Guru 2012


Salam sejahtera dan Assalamualaikum wbt.

Selamat Hari Guru buat semua guru SMK Chendering. Bersyukur ke hadrat Illahi, pengajuran Hari Guru Peringkat SMK Chendering dapat dilaksanakan dengan jaya. Setinggi tahniah kepada Kelab Keluarga dan Staf SMK Chendering dengan kerjasama Badan Pengawas sekolah, aktiviti-aktiviti Sukaneka, Persembahan dan Jamuan Guru. Dibawah teraju Pengerusi Kelab Keluarga dan Staf, Cikgu Wan Abdul Sallam dan AJK nya, program tersebut berjaya dilaksanankan dengan dokongan rakan-rakan guru dan murid-murid selaku krew penganjur permainan, pertunjukan pentas serta acara berbalas pantun antara guru-guru dengan murid-murid.

Pengetua Cemerlang, Puan Hajjah Anuar bt Harun turut meluangkan masa hadir di acara kemuncak gilang gemilang. Beliau menunjukkan kesungguhan untuk hadir bersama menyampaikan ucapan di Sempena Hari Guru, walaupun beliau masih dalam bercuti faktor kesihatannya. Beliau turut menyumbang sebiji kek yang bersaiz besar berlogo sekolah. Aktiviti memotong kek disempurnakan oleh GPK Pentadbiran, GPK HEM, Pegawai Matematik dan Sains PPD Kuala Terengganu. Terima kasih CIKGU. We all love you!

Sambutan hari guru yang diadakan diperingkat sekolah, cukup bermakna dan akan meninggalkan memori terindah. Guru-guru tampak gembira, mengambil bahagian dalam permainan sukaneka yang  dipelbagaikan hasil kreativiti Cikgu Wan Ismail selaku penyelaras permainan. Guru-guru terlupa sekejap beban tugas untuk sehari. SELAMAT HARI GURU.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s