ARKIB : 19/07/2010


200 sertai perkhemahan Pandu Puteri Remaja

Sebahagian daripada 200 ahli Pandu Puteri Remaja yang menyertai perkhemahan peringkat daerah di Taman Rekreasi Merang, Setiu, kelmarin.

KUALA TERENGGANU 18 Julai – Kira-kira 200 ahli Pandu Puteri Remaja dan Renjer daerah Kuala Terengganu menyertai perkhemahan peringkat daerah yang diadakan di Taman Rekreasi Merang, Setiu selama tiga hari yang berakhir semalam.

Mereka terdiri daripada pelajar tingkatan satu hingga lima yang mewakili sepuluh sekolah menengah di sekitar Kuala Terengganu.

Antara sekolah yang mengambil bahagian ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Sulaiman, SMK Chendering, SMK Padang Midin, SMK Kompleks Seberang Takir, SMK Chung Hwa Wei Sin, SMK Panji Alam dan SMK Bukit Besar.

Sepanjang tiga hari, peserta didedahkan dengan pelbagai kegiatan termasuk ujian kecekapan melalui kefahaman dan kebolehan masing-masing dalam usaha melahirkan kepimpinan cemerlang.

Selain pendedahan mengenai pertolongan cemas dan ikatan serta simpulan, peserta juga turut diadili bagi acara masakan rimba, keceriaan khemah dan persembahan kebudayaan.

Majlis penutup dan penyampaian sijil dilakukan oleh Ketua Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri Malaysia, Cawangan Terengganu, Zaini Mohd. Nor.

Hadir sama Timbalan Pesuruhjaya Pandu Puteri Daerah Kuala Terengganu, Ramelah Bilal Said.

Zaini ketika berucap di majlis itu, mahu setiap Persatuan Pandu Puteri Daerah dapat mengadakan aktiviti perkhemahan sekurang-sekurangnya sekali dalam setahun.

Ini kerana katanya, bagi setiap badan beruniform, perkhemahan merupakan program yang perlu diadakan dalam usaha melatih pelajar berdikari di samping menguji ketahanan fizikal dan mental melalui aktiviti yang dijalankan.

Utusan Malaysia 19/07/2010

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s