Pusat sehenti industri


UPM mewujudkan kerjasama penyelidikan tingkat pengeluaran sumber alam, bantu petani

UNIVERSITI dan industri perlu merapatkan kerjasama bagi menyumbang pertumbuhan sektor ekonomi melalui peningkatan pengeluaran dan kekayaan sumber dalam memenuhi keperluan rakyat dan negara.

Naib Canselor Universiti Pertanian Malaysia (UPM), Prof Datuk Dr Nik Mustapha R. Abdullah, berkata kedua-dua pihak dapat berkongsi dan memindah maklumat di antara satu sama lain di samping meluaskan aktiviti, struktur dan konsep kerjasama bagi mencapai matlamat pembangunan negara,

“UPM akan meneruskan kerjasama aktif dengan industri dalam aspek latihan industri, penyelidikan, pengkomersilan dan aspek kebolehpasaran graduan bagi membolehkan kedua-dua pihak mencapai matlamat masing-masing, “ ketika merasmikan majlis menghargai industri anjuran UPM di Serdang, kelmarin.

Sementara itu Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri dan Masyarakat (JINM)(JINM), Profesor Dr Tai Shzee Yew berkata, majlis yang dianjurkan mampu mewujudkan rangkaian kerjasama erat antara industri dengan UPM bagi mencapai salah satu matlamat UPM iaitu memperkasakan jaringan UPM dengan industri dan masyarakat.

“JINM mampu menjadi pusat sehenti bagi pihak industri dan masyarakat menjalinkan hubungan dalam semua bidang. Malah pihak industri cukup dengan kerjasama yang dijalankan dengan UPM,” katanya, dalam satu kenyataan, kelmarin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s